Hari ini (2 November) secara rasminya AirAsia Aviation Group memaklumkan pihaknya telah memeterai perjanjian pembelian saham untuk menjual baki saham ekuiti AirAsia India kepada Air India Limited bersama sekutu gabungannya. Tata Sons Private Limited.
Buat pengetahuan umum, operasi AirAsia India telah dimulakan sejak tahun 2014 lagi – di mana ia tampil antara 5 syarikat penerbangan terbesar di India dengan menyumbang kepada pasaran sebanyak 5.7%. Untuk makluman AirAsia India telah melaksanakan perjalanan penerbangan ke 13 destinasi bersama peningkatan jumlah penumpang 39%.
Melalui peralihan tersebut, AirAsia melihat ini bukan pengakhiran buat rangkaian dan akan menjadi pemangkin buat platform meneroka peluang baharu bersama pasaran India di masa hadapan.