Ternyata Yum Brands (Yum!) pada tahun 2021, telah berjaya meluaskan empayar cawangan jenama makanannya di seluruh dunia dengan lebih 53,000 buah cawangan.
Maka tidak hairanlah, mengapa jenama seperti KFC, Pizza Hut dan Taco Bell sentiasa kelihatan disetiap pelosok di seluruh negara.
Berdasarkan laporan MarketWatch, syarikat induk makanan segera tersebut secara puratanya tahun lalu telah membuka sebuah restoran untuk setiap 2 jam. Ini secara langsung memperlihatkan pertumbuhan syarikat semakin kukuh.
Menurut David Gibbs, Ketua Eksekutif Yums pengukuhan operasi tidak hanya didorong atas penambahbaikan strategi perniagaan tetapi turut dibantu oleh pemerkasaan teknologi serta inovasi entiti.
Setakat ini, di Malaysia sahaja memiliki sekitar 600 cawangan KFC, diikuti lebih 350 cawangan Pizza Hut manakala Taco Bell pula sekitar 5 cawangan.