Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan seluruh negeri di Malaysia kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 7 Jun 2021.
Berikutan peningkatan kes COVId-19 berserta kemunculan varian baharu telah meruncingkan lagi situasi semasa kesihatan negara, kerajaan kini melihat tindakan pelaksanaan PKP adalah langkah terbaik.
Bermula 8 Mei perjalanan rentas negeri dan daerah, aktiviti sukan serta pendidikan TIDAK DIBENARKAN, antara larangan lain yang menyusul adalah:
- Majikan diwajibkan menerapkan konsep Bekerja Dari Rumah – hanya 30% pengurusan dibenarkan hadir ke pejabat
- Ziarah menziarahi tidak dibenarkan – termasuk ziarah kubur ketika perayaan Aidilfitri
- Makan di restoran tidak dibenarkan
- Bilangan individu dalam kenderaan dihadkan kepada 3 orang sahaja
Tempoh laranngan menyusul ini akan bermula pada 12 Mei 2021 sehingga 7 Jun kelak.
Bagaimanapun, sektor ekonomi masih berfungsi seperti biasa.