Artikel

ShopeePay, Zurich Sedia Akses Pelan Simpanan Dan Perlindungan – Serendah RM500

ShopeePay Malaysia dan Zurich Life Insurance terus perkukuhkan kerjasama sedia akses perlindungan kepada pengguna tempatan menerusi ekosistem digital. Terbaharu, kedua pihak kini perkenalkan Pelan Simpanan dan Perlindungan serendah RM500 kepada pengguna untuk mengukuhkan sokongan kesihatan mereka di pasaran hadapan.

Pelan selama dua tahun ini dijelaskan akan memberi manfaat berganda kepada pengguna – antaranya jaminan pulangan tunai setiap 6 bulan, perlindungan hayat dan hilang upaya iaitu orang tersayang akan menerima 105% daripada jumlah premium yang telah dibayar. Menariknya akses ini turut memberi pilihan kepada pengguna akan pengeluaran tunai awal yang fleksibel.

Malah kedua pihak turut merancang menyediakan pelan simpanan dan perlindungan serendah RM100. Namun perlaksanaan itu masih diteliti sebelum direalisasikan kepada umum – yang mana pelan ini dilihat akan lebih menarik ramai rakyat Malaysia untuk meraih akses perlindungan.

Para pengguna tidak perlu bimbang segala manfaat yang disediakan adalah tertakluk di bawah perlindungan PIDM bersama had yang ditetapkan. Untuk menikmati manfaat tersebut, para pengguna boleh meraih pelan ini melalui aplikasi ShopeePay dengan memilih butang insurans di halaman utama aplikasi diikuti dengan mengetik Endowmen.