Artikel

Pengasas MRSM, Abdul Wahab Alwi Meninggal Dunia – Di Usia 84 Tahun

Abdul Wahab Alwi, Pengasas Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang telah membawa pelbagai sumbangan kepada peluang dan akses pendidikan buat generasi anak Malaysia – kini dimaklumkan telah meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Pemergian Bapa MRSM ini merupakan suatu kehilangan besar buat sektor pendidikan dan ekonomi negara. Buat pengetahuan umum, MRSM pertama ditubuhkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 1972 lahir daripada cetusan idea dan usaha gigih Allahyarham Abdul Wahab Alwi bersama kepimpinan MARA pada akhir 1960-an.

Kejayaan model pendidikan MRSM di Seremban  ini dilihat telah menjadi pemangkin kepada pembukaan puluhan cawangan MRSM lain di seluruh Malaysia, yang kini melahirkan ratusan ribu graduan merentasi pelbagai bidang profesional dalam pasaran negara.