Artikel

KWSP Kini Miliki 5.02% Pegangan Saham Dalam 99 Speed Mart

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dimaklumkan tampil selaku pemegang saham besar dalam 99 Speed Mart Retail Holdings berikutan tindakan mengambilalih 421.79 juta saham,

Makluman kepada Bursa Malaysia ini menjelaskan tindakan itu sekaligus memperlihatkan KWSP miliki 5.021% kepentingan langsung dalam rangkaian kedai serbaneka tersebut. Berdasarkan penjelasan lanjut, saham tersebut telah diambil alih dari Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd dan peralihan pegangan itu telah direalisasikan pada 4 Jun lalu.

Secara menyeluruh, ini adalah pegangan pertama KWSP pada rangkaian tersebut setelah ia tersenarai antara saham pada Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) pada Disember 2024.