Artikel

Malaysia Sasar Defisit Negara Terus Menurun, Capai 3.8% – Pada Tahun Ini

Aliran defisit Malaysia dilihat terus memaparkan penurunan hasil penambahbaikan langkah negara dalam menangani ketirisan hasil negara. Berdasarkan prestasi itu, pentadbiran menjangkakan tahun ini terdapat potensi penurunan defisit negara mencapai 3.8%.

Rekod menunjukkan aliran defisit telah menurun secara konsisten daripada 5.5% (2022) kepada 5.0% (2023) dan 4.1% (2024).

Berdasarkan prestasi itu, ketika ini jumlah hutang kerajaan telahpun menurun kepada RM92.6 bilion pada 2023 dan kemudian sekitar RM77 bilion pada 2024. Sekiranya trend kebergantungan pinjaman ini berterusan, ia dijangka akan mengurangkan bebanan hutang negara secara berkala.

Penurunan itu menurut Kementerian Kewangan (MOF) jelas menunjukkan komitmen negara untuk memastikan hutang semasa terus dapat dikurangkan dan tidak lebihi 60% dan defisit fiskal negara mencapai paras 3%. Keperluan ini penting selari dengan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023.

Selain usaha itu, pentadbiran turut dalam usaha mengurangkan peruntukan pada perbelanjaan pembangunan dan meningkatkan kemasukan dana pelaburan awam bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.