Artikel

OPR Masih Kekal 3.00% – Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memaklumkan Kadar Dasar Semalaman kekal di paras 3.00% – pengekalan ini secara langsung menjadikan ia kadar yang sama sebagaimana yang telah diumumkan sejak Mei 2023 lalu.

Kesepakatan yang dicapai menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini telah didorong hasil pertumbuhan ekonomi global yang tinggi pada tahun 2024. Melihat kehadapan, BNM menjangkakan prestasi ekonomi Malaysia pada 2025 akan lebih mampan berikutan perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan. Disusuli pertumbuhan pasaran pekerjaan bersama pengenalan dasar baharu dan semakan kenaikan gaji minimum dan gaji awam yang akan menyokong perbelanjaan isi rumah.

Selanjutnya, prestasi ringgit pula dilihat terus dipacu hasil faktor luaran. Di mana perbezaan kadar faedah yang semakin mengecil antara Malaysia dan negara ekonomi maju telah membawa manfaat kepada aliran ringgit.

Secara menyeluruh, MPC akan terus memantai perkembangan semasa ekonomi negara pada penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan. Adanya sokongan dasar monetari yang kondusif, persekitaran ini dijangka kekal menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi Malaysia secara berkala.