Artikel

53,000 Individu Berusia Bawah 30 Tahun, Kini Dibebani Hutang Berjumlah RM1.9 Bilion – AKPK 

Kesan kos yang tinggi, kini seramai 53,000 individu berusia bawah 30 tahun di Malaysia – didapati berdepan bebanan hutang terkumpul sekitar RM1.9 bilion mengikut data Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Perkongsian Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Bulan Celik Kewangan 2024 bersama data AKPK ini turut memperincikan sekitar 28% rakyat negara yang bekerja melakukan pinjaman untuk memenuhi barang keperluan.

Peratusan ini merangkumi kebolehcapaian pinjaman yang lebih mudah menerusi pinjaman peribadi, kad kredit serta akses Beli Nanti Pakai Lekas (BNPL) – yang sekaligus meningkatkan lagi kadar hutang dalam kalangan penduduk dewasa negara.