Artikel

RHB Bank, PayNet Lancar Ciri Pad Kalkulator Pada DuitNow QR SoundBox – Mudahkan Peniaga Atasi Scam Pembayaran

Sekiranya pada Disember 2023 RHB Bank telah perkenalkan DuitNow QR SoundBox bagi kemudahan peniaga ketika proses pembayaran – kini kemudahan tersebut telah ditambahbaik dengan mengitegrasikan ciri pad kekunci kalkulator yang dikenali sebagai Dynamic DNQR SoundBox.

Kerjasama dengan Payments Network Malaysia (PayNet) ini secara langsung akan membantu peniaga mengurangkan risiko kesilapan, memacu kecekapan ketika proses pembayaran dijalankan.

Adanya integrasi fungsi kalkulator ini ia tidak sekadar mempercepatkan proses pengiraan bahkan turut meningkatkan perlindungan ke atas peniaga dan pengguna. Menerusi peranti ini, peringatan suara dan visual akan memberi keyakinan dan mengurangkan risiko penipuan ketika pembayaran dilaksanakan secara nirtunai (tanpa tunai).

Setakat ini sekitar 352,000 transaksi telah dicapai menerusi penggunaan akses ini dan menjana nilai transaksi sekiar RM16 juta dalam tempoh 5 bulan.