Ketua Setiausaha Negara kini mengumumkan yang mana semua penjawat awam akan dinilai menggunakan sistem DEEP (Demerit Performance Evaluation), bermula pada tahun 2024 ini. Ini selari dalam memastikan perkhidmatan awam kekal unggul sebagai “tiang seri negara”.
Ketua Setiausaha Negara turut menyatakan yang mana pada tahun 2024 ini, perkhidmatan penjawat awam akan diberikan nafas baharu, dengan fokus terhadap meningkatkan kadar kecekapan, keberkesanan, dan profesionalisme dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan. Ia juga akan ditekankan supaya telus, pantas serta mencapai hasil yang ditetapkan.
Pengukuran kadar sistem DEEP baharu ini akan melalui Pelaporan Bulanan Progresif, berdasarkan kepada komitmen Kementerian dan Jumlah Libat Urus bersama pemegang taruh. Penjawat awam akan diberikan markah penuh 100%, dan seterusnya demerit akan dikenakan jika penjawat awam gagal mencapai objektif yang telah ditetapkan.