Artikel

Lebih 26,200 Unit Rumah Siap Bernilai RM18.3 Bilion – Masih Tidak Terjual 

Sepanjang 6 bulan pertama 2023, didapati sejumlah 26,286 unit rumah siap bernilai RM18.3 bilion tidak terjual di pasaran negara.

Meskipun data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) ini memaparkan penurunan 5.3% pada jumlah unit kediaman namun isu rumah siap tidak terjual di negara kekal tinggi nilainya. Memahami situasi tersebut, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini telah bertindak laksana pemetaan Indeks Rumah Mampu Milik dengan laksana pemerhatian berlandaskan pendapatan pertengahan mengikut negeri dan daerah di negara.

Aturan ini sekaligus lebih memahami isu kekangan pemilikan rumah yang didepani penduduk negara. Tidak hanya itu, kumpulan pemaju juga turut disarankan untuk laksana kajian pelaksanaan sebelum memulakan projek pembangunan – supaya sebarang unit kediaman yang dibina selari dengan permintaan dan kemampuan rakyat berdasarkan pasaran semasa.

Malah KPKT juga dalam pertimbangan membangunkan Sistem Analisis Data Raya Perumahan – bagi menjadikan ia medium rujukan sehenti berhubung data perumahan di Malaysia. Pelaksanaan ini akan membantu pentadbiran memahami demografi kediaman di negara dengan lebih mendalam.