Setelah memulakan usul ke atas China, Indonesia dan Thailand berhubung penggunaan mata wang masing-masing bersama Ringgit dalam urusan perdagangan. Kini usaha tersebut diperluaskan kepada pertimbangan India pada kerjasama ekonomi.
Menurut Kementerian Luar, Malaysia dan India kini dalam pertimbangan untuk penggunaan mata wang masing-masing dalam urusan perdagangan dua hala ekonomi – usaha ini secara langsung akan membantu mengukuhkan lagi nilai Ringgit pada aliran perdagangan global, membantu negara lindungi daripada aliran turun naik serta mengurangkan kebergantungan terhadap dolar AS.
Buat pengetahuan umum, isu ini telah dinyatakan pada sidang Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) yang dilaksana minggu ini bersama Kementerian Luar India. Adanya sokongan berterusan India, ini akan mengukuhkan lagi kesepakatan ekonomi kedua negara – untuk makluman India adalah rakan ekonomi utama Malaysia di Asia Selatan.
Di mana setakat 2022, kedua negara miliki nilai perdagangan dua hala sekitar RM86.2 bilion ($19.6 bilion).
Selain memperincikan potensi langkah ekonomi tersebut, terdapat pelbagai segmen lain turut disemak kedua negara – antaranya berhubung potensi ekonomi digital, semikonduktor, pertanian, pendidikan, keselamatan makanan serta teknologi kewangan.