Bagi memastikan tahap kemahiran penjawat awam selari dengan matlamat negara untuk memajukan segmen ekonomi dalam digitalisasi, peruntukan sehingga RM40 juta bakal tersedia buat penjawat awam untuk dalami pengetahuan kecerdasan buatan (AI).
Insiatif ini akan tertumpu kepada penjawat awam muda dan diterapkan dipelbagai bidang sektor kerajaan.
Tidak hanya menggesa penerapan kemahiran AI diperluaskan pada peringkat pentadbiran, tetapi PM Anwar turut menyasarkan langkah yang sama pada sektor pendidikan negara. Terdapat cadangan diusulkan untuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bbangunkan fakulti AI untuk keperluan tenaga semasa kelak.
Berbalik kepada inisiatif di peringkat penjawat awam ini, keperluan tersebut menurut PM Anwar Ibrahim bertujuan memastikan kemahiran tersebut dimiliki oleh petugas awam dan tidak didominasi sepenuhnya oleh petugas swasta. Mengikut perincian, latihan kemahiran baharu ini akan tersedia dalam tempoh 6 bulan sehingga 1 tahun buat penjawat awam.