Indeks Harga Pengguna (IHP) yang bertindak selaku penanda aras kepada tahap inflasi utama Malaysia kini memaparkan penurunan bagi September 2023 – apabila semakin menurun, mereda kepada 1.9%.
Angka ini sekaligus menjadikan ia sebagai paras inflasi terendah bagi tahun 2023.
Berlandaskan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini, penyusutan ini didorong hasil inflasi mengikut kumpulan barangan utama seperti Makanan & Minuman Bukan Alkohol turun kepada 3.9%, diikuti Hiasan, Perkasasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (1.5%), Kesihatan (2.2%), Pengangkutan (-0.1%), Khidmat Rekreasi & Kebudayaan (0.6%), Pendidikan (2.0%) dan Restoran & Hotel (4.4%).
Sementara berlandaskan inflasi subkumpulan makanan dan minuman – didapati inflasi Makanan di Rumah telah menurun kepada 2.5% (Ogos:2.9%), diikuti Daging 3.4% (Ogos:5.8%), Susu, Keju & Telur pula menurun kepada 3.4% (Ogos:4.0%), Buah-buahan menurun kepada 2.8% (Ogos:3.0%), Sayur -0.5% (Ogos: -1.1%).
Namun inflasi Makanan Di Luar Rumah pula kekal di paras 5.9%, diikuti kos Ikan & Makanan Laut (1.5%) manakala inflasi Beras, Roti & Bijirin pula naik kepada 4.1%.
Secara menyeluruh, untuk inflasi bagi suku ketiga 2023 ini turut diperhatikan mereka kepada paras 2.0% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu sekitar 2.8%. Maka dengan peningkatan paras inflasi lebih perlahan ini ia secara langsung akan membantu para pengguna mengimbangi kos perbelanjaan mereka.
Namun DOSM akui terdapat beberapa barangan keperluan asas telah memaparkan peningkatan ketara sepanjang prestasi tahunan ini. Antaranya Halia (55.4%), Bawang putih (20.4%), Ayam goreng (14.1%), Bedak talkum (11.2%), Beras import (9.5%) dan Cili kering (9.0%), manakala Yuran institusi pengajian awam dan Caj internet kekal tidak berubah.
Diikuti taburab inflasi Makanan dan Bukan Makanan bagi bulan September pula didapati berlaku peningkatan ketara dalam beberapa item ini. Ianya 170 item adalah Makanan. Antaranya adalah Betik (9.9%), Serai (7.8%), Tembikai (6.9%) dan Mi basah (6.4%). Sementara itu, 217 item adalah Bukan Makanan antaranya adalah Caj kurier (8.9%), Bunga segar (8.7%), Buku latihan (7.0%), Yuran tadika (5.5%) dan Ubat gigi (4.2%).
Selanjutnya paras inflasi mengikut negeri – terdapat 6 neheri merekodkan peningkatan lebihi paras inflasi kebangsaan iaitu Sarawak (2.7%), Putrajaya (2.6%), Perak (2.3%), Perlis (2.2%), Selangor (2.1%) dan Pahang (2.0%).
Dan mengikut kenaikan kos Makanan & Minuman Bukan Alkohol di peringkat negeri, didapati ini senarai negeri yang alami peningkatan kos iaitu Putrajaya (5.9%), Sarawak (5.2%), Selangor (4.9%), Pulau Pinang (4.5%), Melaka (4.1%) dan Labuan (3.9%).