Setelah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang – Starbucks kini meluaskan lagi jejak usahanya dengan melancarkan cawangan baharu ketiganya menggunakan bahasa isyarat di Kuching, Sarawak.
Usaha ini sekaligus menggandakan lagi penawaran peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan kepada golongan orang pekak dalam pembangunan ekonomi tempatan, khususnya bagi rangkaian kopi di wilayah Borneo. Menurut Starbucks ia tidak sekadar memperkasakan penyertaan dalam ekonomi negara tetapi turut mengalakkan kumpulan pekerja ini semakin keterdepan, dan ini akan merancakkan lagi dinamik ekonomi Malaysia.
Melalui aturan itu, Starbucks berhasrat mengembangkan lagi konsep rangkaian bahasa isyarat di setiap negari di seluruh Malaysia. Setakat ini, terdapat 20 kakitangan pekak telah bertugas di Starbucks dan pengambilan itu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.