Kesan kos operasi yang lebih tinggi, diselangi kadar pertukaran asing yang kurang memuaskan – ia telah membawa kepada penurunan keuntungan bersih Berjaya Food sebanyak 17% kepada RM103.41 juta bagi laporan kewangan yang berakhir Jun lalu.
Meskipun berdepan tekanan sedemikian, Berjaya kekal optimis akan aliran pertumbuhan rangkaian perkhidmatan di bawah segmennya pada pasaran semasa – antaranya melibatkan Starbucks, Kenny Rogers Roasters dan Jollibean.
Jangkaan positif ini didorong hasil pendapatan kumpulan yang masih stabil, memaparkan peningkatan 12% kepada RM1.12 bilion berbanding perolehan RM997.76 juta.
Hasil ini mengikut makluman kepada Bursa Malaysia disumbangkan oleh aliran kempen pemasaran dan strategi promosi yang agresif pada tahun ini.