Artikel

Kerajaan Pertimbang Keperluan Kawal Selia AI – Bagi Lindungi Sektor Pekerjaan Negara

Perluasan akses kecerdasan buatan (AI) di Malaysia kini kelihatannya semakin rancak, sekaligus telah menimbulkan pelbagai cabaran dan risiko dalam sektor ekonomi negara – antaranya ke atas pasaran pekerjaan negara.

Menyedari kesan itu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada sidang Public Sector Day Malaysi 2023 hari ini memaklumkan – dalam pertimbangan untuk meneliti keperluan merangka kawal selia AI di Malaysia. Langkah itu bagaimanapun memerlukan pelbagai pandangan setiap pakar, pemain industri untuk pentadbiran negara memahami isu dan cabaran yang berbangkit dengan lebih terperinci sbeelum merealisasikan pertimbangan keperluan kerangka tersebut.

Malah turut dijangka usaha perbincangan turut akan dilaksana bersama pihak berkepentingan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Seperti yang umum ketahui, kini terdapat pelbagai sokong aplikasi generatif AI yang disertakan dalam pasaran negara. Maka keperluan penelitian ini diliaht tidak sekadar membantu negara memahami cabaran semasa tetapi turut bertujuan menggariskan etika penggunaan AI dalam kalangan pengguna di negara dan pasaran Malaysia.