Artikel

Nilai Kekayaan 500 Bilionwan Dunia Melonjak – Raih $14 Juta Sehari Bagi 6 Bulan Pertama 2023

Dalam tempoh 6 bulan pertama 2023, ternyata nilai kekayaan 500 bilionwan di dunia telah melonjak kesan kerancakkan pada pasaran saham.

Mengikut data Bloomberg Bilionaire Index, kumpulan ini telah menambah sebanyak RM43.9 trilion iaitu $852 bilion dalam tempoh tersebut. Ini bersamaan dengan perolehan $14 juta (RM65.1 juta) setiap hari untuk tempoh 6 bulan pertama 2023.

Berdasarkan perincian ini turut didorong peningkatan keuntungan pada sektor seperti perbankan, pembuatan, teknologi dan peruncitan, yang meningkat 16.5% pada tahun ini. Daripada peningkatan ini – sektor teknologi telah memaparkan peningkatan mendadak susulan sokongan perluasan kecerdasan buatan (AI). Ini termasuklah peningkatan 31% pada saham teknologi di Indeks Nasdaq 100. 

Situasi ini secara langsung memberi manfaat kepada hartawan teknologi global seperti Elon Musk dan Mark Zuckerberg – meraih faedah disebalik lonjakan indeks tersebut. 

Buat pengetahuan umum, setakat akhir Jun lalui Elon Musk telah mencatatkan nilai kekayaan $237 bilion (RM1.1 trilion) – melonjak $97 bilion, menjadikan beliau manusia terkaya atasi Pengasas LVMH-Bernard Arnault.

Sementara Mark Zuckerberg pula menambah nilai kekayaan sekitar $60 bilion susulan peningkatan 80% harga saham Meta. 

Dikala terdapat segelintir biliowan meraih keuntungan mendadak, terdapat juga biliowan yang berdepan kerugian yang besar dalam tempoh tersebut. Antaranya hartawan India – Gautam Adani alami kemerosotan kekayaan sebanyak $60.2 bilion pada tahun ini. Menjadikannya  antara hartawan alami kerugian tertinggi dalam indeks saham.