Artikel

Hampir 1,700 Majikan Terima Amaran, Kehendaki Patuhi Akta Kerja 1955 – KSM

Sehingga 30 April 2023 lalu, berdasarkan 10,010 pemeriksaan berkanun yang telah dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia – didapati sejumlah 1,671 majikan kini berdepan arahan pematuhan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kerja 1955.

Pada pemeriksaan itu, KSM menemukan masih ramai majikan yang tidak patuhi aturan perundangan pemburuhan terutamanya melibatkan pindaan baharu.

Antara faktor yang membawa kepada kegagalan mematuhi Akta Kerja 1955 ini adalah masih terdapat segelintir majiran kurang memahami peruntukan yang dipinda, terdapat juga majikan yang terkesan susulan kenaikan gaji minimum yang berkuat kuasa melalui Perintah Gaji Minimum.

Malah mengikut makluman data KSM pada sesi lisan Parlimen ini, masih ada majikan atau industri yang terkesan dalam tempoh pemulihan daripada pandemik COVID-19. Situasi tersebut secara langsung memberi kesan kepada pekerja. Di samping kenaikan kos operasi seperti bahan mentah dan sewaan turut dilihat menjadi punca ketidakseimbangan berlaku.

Bagaimanapun, kesan ketidakpatuhan majikan ini berpotensi dikekankan tindakan pendakwaan atau kompun dengan denda tidak melebihi RM50,000 jika disabiitkan kesalahan. Susulan itu KSM memberi peringatan untuk semua majikan akur akan penetapan perundangan yang telah tersedia, bagi memastikan ekosistem tenaga kerja negara terus dilindungi.