Melalui dompet digital Touch ‘n Go eWallet, dalam masa 3 minit pengguna kini boleh meraih pelbagai kemudahan pelan insurans di bawah GoProtect.
Segmen terbaharu TNG eWallet ini menampilkan pelbagai pelan antaranya WalletSafe, SafeTrip, SafeHome, Carlnsure, CI Insure dan Motolnsure untuk menampung pelbagai keperluan pengguna. Lebih menarik pengguna turut diberi pilihan memilih pelan insurans mengikut kesesuaian bajet pengguna bersama rakan kongsi TNG eWallet – terdiri daripada AlA Malaysia, Allianz, Etiqa, MSIG, Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia dan Zurich Takaful.
Berdasarkan akses ini, pengguna juga dijamin proses tuntutan tanpa kerumitan melalui talian hotline tuntutan syarikat insurans dalam tempoh 24 jam. Malah sebarang pembayaran boleh dilaksana terus melalui TNG eWallet tanpa memerlukan pengesahan kad debit pengguna seperti proses kebiasaan.
Selain dapat membeli pelan insurans mereka dengan mudah, pengguna juga boleh menjejaki polisi insurans secara teratur dengan merujuk pada tab “My Policy” pada aplikasi TNG eWallet mereka.
Melalui usaha ini, TNG pada sidang media menyasarkan segmen GoProtect bakal menggandakan penyertaan lebih 2 juta pengguna mereka pada khidmat pelan insurans.
Sebarang maklumat lanjut, semua pihak boleh layari pautan TNG eWallet GoProtect untuk perincian seterusnya.