Tindakan Malaysia bergantung sepenuhnya 100% pada import gula mentah dari Brazil, dilihat bakal memberi kesan jangka panjang kepada negara sekiranya berlaku peningkatan harga atau perubahan pada sentimen nilai mata wang, kos penghantaran.
Maka untuk melandaikan impak tersebut, kerajaan melalui Kementerian Ekonomi bercadang membangunkan semula industri tebu – dalam usaha negara penuhi permintaan gula di pasaran. Setakat ini, tinjauan ke atas tanah berkeluasan sehingga 405 hektar di bahagian Utara Perak sedang diteliti untuk tindakan tersebut.
Menurut Kementerian Ekonomi, usaha ini penting untuk membina kembali rantaian tanaman tebu Malaysia setelah ladang tebu di Chuping Perlis ditutup pada 2012 – yang sekaligus mendorong negara bergantung sepenuh kepada import gula mentah dari Brazil.
Berdasarkan pasaran, sehingga kini keperluan gula negara diterajui MSM Malaysia Holdings sejak tahun 1959.