Selepas krisis Lehman Brothers berlaku pada 2008, kini Silicon Valley Bank (SVB) menjadi krisis kedua terbesar didepani sektor perbankan Amerika Syarikat (AS) – apabila minggu lalu SVB telah kehilangan $80 bilion nilai pasarannya susulan ketirisan modal dan kegagalan operasi meningkatkan semula dana. Perihal ini telah mendorong berlakunya pengeluaran deposit secara besaran pada perkhidmatan kewangan.
Apa itu Silicon Valley Bank?
Silicon Valley Bank (SVB) untuk makluman adalah bank ke-16 terbesar di Amerika Syarikat (AS), yang telah beroperasi sejak tahun 1983 di bawah segmen Silicon Valley. Peranan perkhidmatan perbankan ini memaparkan penglibatan pada pembiayaan dana meliputi startup di bawah SV, firma modal teroka dan syarikat teknologi global.
Perbankan ini turut menawarkan perkhidmatan merangkumi pengumpulan modal, perlindungan ekuiti, dan pengurusan aliran tunai khususnya pada arena teknologi global. Antara pelanggannya melibatkan Airbnb, Uber, Roblox, Roku, Meta, LinkedIn dan ramai lagi penerajju teknologi.
Tahukah anda sebelum berlakunya kejatuhan mendadak pada operasi SVB ini, setakat akhir 2022 kumpulan ini memiliki aset berjumlah $209 bilion. Namun keruntuhan SVB sekaligus telah menoktahkan nilai pasaran $80 bilion mereka dan selanjutnya menjadi bank kedua terbesar yang gagal dalam sejarah AS sejak 2008.
Apa Yang Berlaku Pada SVB?
1) Moody’s memaklumkan taraf kredit SVB bakal alami penurunan
Semuanya bermula apabila pertengahan minggu lalu, SVB mendapat makluman dari Moody’s Investor Service iaitu firma penarafan kredit antarabangsa – bahawa taraf kredit SVB bakal alami penurunan. Tindakan itu berlaku setelah nilai bon SVB jatuh susulan paras kadar faedah yang lebih tinggi dicatatkan pada pasaran.
Untuk makluman SVB pada tempoh 2020-2021 telah meraih ledakan deposit daripada arena teknologi – berikutan itu pihaknya telah bertindak melaburkan hasil tersebut ke dalam bon Perbendaharaan AS bagi jangka masa panjang, tatkala kadar faedah ketika itu adalah rendah. Pelaburan ini secara langsung akan menjanjikan pulangan yang stabil sekiranya kadar faedah kekal rendah.
Maka pada tahun 2020 SVB telah meraih portfolio sekuriti berjumlah $27 bilion dan ia telah alami peningkatan $128 bilion pada 2021.
2) Kadar faedah mulai meningkat – telah menghakis nilai bon jangka panjang SVB
Namun sejak tahun lalu, Perbendaharaan AS telah mula menaikkan kadar faedah untuk mengimbangi aliran inflasi global. Ekoran penekanan secara agresif ini berlaku secara berturutan – ia telah membawa kepada peningkatan kos pinjaman yang lebih tinggi. Ini sekaligus telah melemahkan aliran saham teknologi di bawah SVB. Di mana kadar faedah yang lebih tinggi ini telah menghakis nilai bon jangka panjang SVB bersama perbankan lain, menjadi lebih rendah.
3) SVB merancang jual saham bagi mengelak ketirisan keyakinan pelabur
Maka atas faktor kebimbangan, penurunan taraf kredit ini boleh jejaskan keyakinan para pelabur – SVB merancang untuk menjual saham mereka iaitu $21 bilion bon pada pulangan rendah dan ingin melabur kembali hasil tersebut ke dalam aset untuk meraih pulangan yang lebih tinggi.
4) Saham SVB menjunam 66%, para pelanggan mulai menarik kembali deposit pada SVB
Akan tetapi sebaik sahaja makluman penjualan saham itu didedahkan, ia telah menyebabkan para pelanggan, startup, firma modal teroka SVB menjadi lebih panik dan bertindak menarik kembali deposit mereka.
Malah disebabkam makluman penjualan saham itu juga, nilai saham SVB telah menjunam sekitar 66% dan sebilangan firma modal teroka telah menasihati kumpulan startup untuk mengeluarkan dana pelaburan mereka dari SVB. Disebabkan kerugian ini juga setakat minggu lalu, SVB sekadar mencatatkan miliki baki tunai negatif berjumlah $958 juta.
Kesan Disebalik Kejatuhan SVB
Situasi itu selanjutnya membawa kepada penutupan SVB dan kini aliran depositnya dikelola oleh pengawal-selia AS iaitu Federal Deposit Isurance Corp (FDIC). Melalui usaha ini dimaklumkan sejumlah $175 bilion deposit pelanggan kini di bawah seliaan FDIC.
Rentetan campur tangan FDIC ini, para pelanggan yang terkesan bakal meraih dana insurans sehingga $250,000. Namun didapati sekitar 37,000 syarikat bakal terkesan susulan kos deposit me melangkaui amaun insurans $250,000 tersebut. Kesan itu sekaligus akan menjejaskan kos operasi kumpulan syarikat ini dalam suatu tempoh.
Selain langkah penambahan deposit di bawah FDIC, terbaharu di maklumkan HSBC akan mengambil-alih SVB bagi cawangan di UK pada nilai 1 paun sebagai langkah menyelamatkan segmen pinjaman utama pada arena startup di pasaran Britain.
Seterusnya tidak hanya beberapa pasaran kembali mengukuh, kesannya pada pasaran Malaysia juga tidak menjejaskan aliran startup negara. Ini kerana kesan keruntuhan tersebut dilihat berskala kecil susulan tiada syarikat Malaysia yang miliki simpanan di bank berkenaan.
Rata-rata hanya syarikat pemula besar di Silicon Valley yang mempunyai akaun di SVB.