Sejajar dengan agenda menjadikan negara antara hab nomad digital di rantau ASEAN, dijangka menjelang 2025 – sasaran itu berpotensi memperlihatkan penghijrahan seramai 80,000 warga asing ke Malaysia di bawah pelaksanaan DE Rantau.
Sasaran positif ini mengikut Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) secara langsung akan membawa kepada nilai ekonomi sejumlah RM4.8 bilion dalam bentuk perbelanjaan kepada ekonomi domestik.
Ketika ini, untuk makluman terdapat 807 hab nomad digital DE Rantau telah tersedia di seluruh negara meliputi Pulau Langkawi, Kuala Lumpur dan Melaka. Selanjutnya terdapat sasaran untuk mewujudkanj sekitar 2,000 hab tambahan pada tahun ini.
Buat pengetahuan umum, DE Rantau adalah medium yang ingin memanfaatkan pasaran buruh digital negara, dengan mengalakkan kemasukan pemain industri teknologi seperti pembangun digital, pencipta kandungan dan profesional teknologi maklumat (IT) dari seluruh dunia. Langkah perluasan ini dilihat selari dengan penawaran Malaysia pada Nomad Digital Warga Asing iaitu menawarkan visa pas kemasukan yang disesuaikan untuk pekerja jarak jauh bagi mempromosikan ekonomi digital negara di bawah program DE Rantau. Difahamkan pas nomad digital itu akan sah dalam tempoh 12 bulan melalui mengesahan imigresen negara.
Maka para pemohon harus memiliki kriteria bersama jumlah pendapatan tahunan minimum RM100,000 dan memiliki bukti dokumentasi kontrak pekerjaan aktif selama 3 bulan dengan syarikat tempatan ataupun asing di Malaysia. Pas ini juga bakal membenarkan kemasukan pemohon bersama ahli keluarga dengan penambahan caj RM500 bagi setiap isi rumah.
Mengikut jangkaan, setelah 3 lokasi hab tersebut didapati perluasan lokasi nomad digital akan diteruskan ke Ipoh-Perak, Johor Bahru, Kota Kinabalu-Sabah dan Kuching-Sarawak pada tahun ini.