Artikel

Inflasi Malaysia Dijangka Kekal Tinggi Pada Tahun 2023 – BNM

Susulan persekitaran ekonomi luaran disasar lebih mencabar pada tahun ini, ia secara langsung membawa kepada perkembangan yang lebih sederhana pada pertumbuhan negara dan ia juga dijangka akan mengekalkan paras inflasi Malaysia kekal tinggi pada 2023.

Makluman Bank Negara Malaysia (BNM) pada tinjauan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Suku Keempat 2022 hari ini, didapati paras inflasi keseluruhan negara yang menjadi lebih sederhana namun kekal di paras tinggi.

Tekanan tersebut didorong atas faktor kesan asas yang rendah pada 6 bulan pertama 2022 sebelum, menjadikan kawalan harga dan subsidi bahan api ketika ini masih tidak seimbang. Sekaligus membawa kepada paras inflasi yang tinggi.

Tidak hanya itu, aliran inflasi juga dilihat bergantung kepada perubahan dasar sesebuah negara dan perkembangan harga komoditi global. Maka secara langsung potensi untuk berlakunya sebarang kejutan ekonomi adalah besar.

Setakat ini, kos inflasi negara di paras 3.8% sedikit menurun namun paras kos makanan di pasaran masih tinggi. Dan sebagai perbandingan, Malaysia menjadi negara Asia Tenggara kedua terendah pada paras inflasi selepas Brunei dengan 3.1%, manakala ini paras negara Asia Tenggara lain;

  • Vietnam (4.55%)
  • Indonesia (5.5%)
  • Thailand (5.89%)
  • Singapura (6.5%)
  • Filipina (8.1%)