Artikel

KKM Teliti Semula Dasar Generasi Penamat, Inisiatif RUU Kawalan Tembakau

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan akan teliti kembali Dasar Generasi Penamat (GEG) berhubung pelaksanaannya menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 – yang belum diluluskan di Parlimen. 

Seperti umum ketahui RUU Tembakau itu akan bertindak melarang jualan produk tembakau, rokok, dan vape kepada individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan tahun seterusnya, bertujuan melahirkan Generasi Penamat bagi merokok.

Setakat ini, ia telah lalui bacaan kali pertama pada akhir Julai lalu dan kini akan diteliti semula sebelum keputusan pelaksanaan dicapai.