Tahun lalu sahaja, Malaysia berdepan dengan rekod lebih 20,0000 kes jenayah siber yang membawa kerugian kepada RM560 juta.
Berlandaskan tinjauan Suruhanjaya Sekuriti (SC) itu, untuk sepanjang tahun ini terdapat juga beberapa kes jenayah serangan siber berprofil tinggi berlaku seperti pencerobohan data iPay88 dan AirAsia. Ia sekaligus memperlihatkan risiko ancaman siber semakin melonjak pada era ini.
Selain rekod tersebut, Malaysia pada Mei lalu turut berdepan dakwaan ketirisan data peribadi melibatkan 22.5 juta rakyat Malaysia di bawah platform myIDENTITI API yang membolehkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengakses data warganegara. Serangan sedemikian secara langsung tidak hanya mendatangkan kerugian bahkan mampu mengugat reputasi firma terlibat.
Maka menangani risiko ini, SC di bawah Pelan Induk Pasaran Modal 3 akan menjadi inisiatif meningkatkan kesejahteraan daya tahan siber negara. Antaranya :
- Perkukuhkan keupayaan perisikan SC dan industri untuk meningkatkan kesediaan terhadap potensi pelanggaran dan ancaman yang akan berlaku
- Bangunkan pendekatan untuk memperkukuh keupayaan pertahanan siber industri
- Merangka kerja untuk mengawal risiko teknologi secara lebih holistik
Selain penerapan pelan ini, SC turut memaklumkan pengeluaran Rangka Kerja Pengawalseliaan baharu Pengurusan Risiko Teknologi akan dilaksanakan pada awal tahun 2023 – melalui rangka kerja itu ia berperanan tingkatkan ketahanan pasaran modal dengan mengesan serta mengurangkan risiko yang hadir bersama teknologi baharu.
Usaha ini akan membantu Malaysia meningkatkan lagi tahap sekuriti untuk melindungi pelabur dan pasaran negara.