Artikel

Grab Rugi $342 Juta – Bagi Suku Ketiga 2022

Grab Holdings, firma teknologi Asia Tenggara yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pengangkutan dan makanan kini berkongsikan kerugian bagi kewangan suku ketiga kumpulan lebih kecil daripada sebelumnya, dengan catatan kerugian bersih kepada $327 juta.

Sementara hasil firma pula dilihat telah melonjak lebih dua kali ganda kepada $382 juta, aliran itu sekaligus melenyapkan tanggapan bahawa risiko ekonomi semasa akan memperlahankan permintaan pengguna Grab.

Prestasi ini didorong hasil peningkatan pada segmen peruncitan dan penghantaran makanannya.

Walaupun memperlihatkan kemajuan pada prestasi, Grab kekal akui turut berdepan kesan ketidaktentuan ekonomi khususnya melibatkan pemerhatian pelabur dan impak perubahan iklim semasa.

Maka untuk persediaan ke hadapan, Grab dijangka akan memperlahankan pengambilan pekerja, memperkemas fungsi dan mengurangkan perbelanjaan insentif dan kos korporat sebagai tindak-balas pengurusan untuk mendepani tekanan ekonomi. Dan berdasarkan sasaran tindakan pengurangan pekerja juga berkemungkinan akan berlaku. 

Bagaimanapun Grab kekal optimis akan permintaan penggunanya dan menyasarkan pendapatan tahunan sekitar $1.32 bilion hingga $1.35 bilion kelak.