Bermula 15 Oktober lalu, jenama roti Massimo telah mula memguatkuasakan kenaikkan harga jualan roti mereka antara RM0.10 sen sehingga RM0.60 sen pada pasaran negara.
Tindakan tersebut berikutan kesan tekanan kos logistik, bahan mentah dan pembungkusan telah memberi tekanan pada operasi jenama.
Tidak hanya itu, walaupun harga gandum telah memaparkan penurunan namun pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) sekitar 13% berbanding kekuatan Ringgit Malaysia (RM) – telah meningkatkan lagi risiko kos import yang tinggi buat negara.
Bagaimanapun memahami permintaan Roti Putih Sandwic Massimo dalam kalangan pengguna tempatan, pihaknya bersepakat hanya mengekalkan harga roti 400g dan 600g itu di paras RM2.80 dan RM4.00, tidak alami peningkatan.
Sementara semua produk Massimo lain pula dimaklumkan kini dinaikkan harga pada pasaran– langkah tersebut dilihat bertepatan seperti penyedia bakeri lain, disesuaikan mengikut tekanan ekonomi semasa.