Artikel

VISA Malaysia Didik Pengguna Melalui Permainan Interaktif – Money Quotient, Financial Football

Dalam usaha meningkatkan pendidikan kewangan kalangan masyarakat negara – VISA Malaysia melihat medium permainan dapat menjadi aliternatif terbaik untuk meningkatkan pemahaman orang awam berhubung kaedah sebenar menguruskan wang. Antaranya dengan permainan papan Money Quotient bersama permainan video Financial Football buat pengguna Malaysia.

Melalui kerjasama GProvision – Money Quotient, ia akan mendedahkan belia kepada senario simulasi dunia sebenar untuk menggalakkan pembelajaran kreatif tentang konsep kewangan. Permainan ini memaparkan bidang-bidang teras melibatkan startegi kewangan, seperti pengurusan wang, perancangan pelaburan, pengurusan risiko dan cukai, persaraan dan perancangan harta pusaka. 

Sementara permainan video Financial Football pula membolehkan pengguna memahami cara pengurusan wang merangkumi kaedah bajet, simpanan, penyertaan kriptowang serta penggunaan kad kredit secara bijak. Ia akan menyediakan pelbagai aneka soalan serta permainan bola.

Adanya dua pelaksanaan ini, VISA ingin melengkapkan pengetahuan orang awam khususnya anak muda Malaysia akan realiti sebenar dalam menguruskan aliran tunai mereka. Inisiatif ini tidak sekadar menarik tetapi turut menepati citarasa pengguna muda untuk lebih memahami percaturan sebenar dalam wang tunai mereka.

Sebarang maklumat lanjut, orang awam boleh layari https://www.visa.com.my/ untuk memahami insiatif celik kewangan.