Malaysia tidak lama lagi bakal melaksanakan Nomad Digital Warga Asing iaitu menawarkan visa pass kemasukan yang disesuaikan untuk pekerja jarak jauh bagi mempromosikan ekonomi digital negara di bawah program De Rantau.
Bersama sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agenda di bawah De Rantau bermula 1 Oktober ini bertujuan menjadikan negara selaku hab nomad digital pilihan bagi rantau ASEAN. Usaha ini secara langsung dapat meningkatkan pasaran buruh digital negara, dengan mengalakkan kemasukan pemain industri teknologi seperti pembangun digital, pencipta kandungan dan profesional teknologi maklumat (IT) dari seluruh dunia.
Di samping itu, usaha ini turut akan mempromosikan sektor pelancongan dengan lebih meluas.
Mengikut makluman, pas nomad digital ini akan sah selama 12 bulan menerusi mengesahan imigresen negara. Di mana para pemohon perlu memiliki kriteria dengan pendapatan tahunan minimum RM100,000 dan bukti dokumentasi kontrak pekerjaan aktif selama 3 bulan bersama syarikat tempatan mahupun asing di Malaysia. Turut difahamkan pas sedemikian juga membenarkan kemasukan pemohon bersama keluarga dengan penambahan RM500 bagi setiap isi rumah.
Adanya usaha ini, ia akan meningkatkan pasaran ekonomi digital negara di masa hadapan dan menormalisasikan budaya kerja secara nomad secara berperingkat.