Prestasi kewangan bagi tempoh suku keempat yang berakhir pada 31 Ogos lalu telah memperlihatkan syarikat pengeluar sarung tangan dunia – Top Glove kini rugi RM42 juta.
Berlandaskan jualan, syarikat telah mengalami penyusutan 27% dari tahun ke tahun, di mana persekitaran ini berlaku kesan lebihan stok telah mendorong kepada lambakan bekalan. Sekaligus menjadikan permintaan sedikit perlahan. Malah operasi juga turut alami peningkatan kos kesan daripada gangguan rantaian global.
Pada permintaan domestik berlakunya kenaikan tarif gas asli sekitar 60%, diikuti kenaikan 25% paras gaji minimum yang telah dikuat kuasakan pentabiran negara.
Pihak Top Glove mengakui kesan normalisasi akibat pandemik COVID-19 ini akan didepani operasi dari semasa ke semasa. Namun pihaknya kekal optimis menyasarkan pemacuan produk ke pasaran AS dan akan terus meningkatkan aktiviti promosi ke pasaran antarabangsa.