Sea Group, syarikat induk disebalik platform e-dagang serantau Shopee kini memaklumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Forrest Li akan melepaskan gajinya susulan isu aliran tunai kumpulan yang semakin meruncing.
Tidak hanya Forrest Li bahkan pengurusan tertinggi Sea juga perlu berdepan situasi yang sama.
Kenyataan ini mengikut laporan Bloomberg, tindakan itu dimaklumkan pada memo dalaman – di mana bahagian kepimpinan tidak akan mengambil sebarang pampasan tunai sehingga kumpulan berjaya mencapai tahap perolehan yang baik.
Langkah tersebut dilihat seiring dengan strategi kumpulan untuk mengatasi tekanan kenaikan kadar faedah, inflasi serta ketidaktentuan pasaran semasa. Maka dasar perbelanjaan operasi perlu diperketatkan.
Antara langkah yang dilaksanakan adalah mengurangkan perbelanjaan makanan kepada $30 sehari, diikuti perbelanjaan penginapan hotel bagi tugasan kepada $150 dan menghapuskan tuntutan bayaran (claim) bagi makanan dan aktiviti hiburan.
Melalui langkah itu, Sea menjangkakan aliran tunai kembali positif dalam tempoh 18 bulan mendatang. Setakat ini Sea telah alami kerugian sekitar $170 bilion, ini memerlukan displin perbelanjaan dikuat kuasakan segera oleh kumpulan.