Artikel

30 Lokasi Pelancongan Di Melaka, Bakal Tersedia AED – Alat Keselamatan Jantung

Selari dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mewajibkan pemasalan alat keselamatan jantung iaitu peranti defibrilator luaran automatik (AED) di kemudahan awam menjelang 2025, negeri Melaka kini mengorak langkah yang sama untuk pemasangan alat bantuan tersebut di fasiliti awam – khususnya lokasi pelancongan.

Berdasarkan makluman BFM, terdapat 30 lokasi pelancongan utama di Melaka akan menerima kemudahan ini.

Bagi peringkat awal, menurut laporan Melaka telah menempatkan 4 alat AED di sekitar Kompleks Seri Negeri dan akan dan diterapkan diseluruh lokasi terpilih secara berperingkat – tidak hanya kawasan pelancongan, merangkumi segmen hotel, rekreasi dan sukan, perindustrian serta rumah ibadat.

Adanya penerapan alat keselamatan ini, pihak pentadbiran akan menyelia dan melatih penduduk awam berhubung penggunaan AED dari semasa ke semasa untuk mendepani jika berlaku situasi kecemasan melibatkan serangan jantung di lokasi awam.