Pada ketika Malaysia sedang berdepan isu pembekuan pekerja asing, ternyata jumlah pekerja asing yang berkhidmat di negara buat msa ini merekodkan seramai 1,149,608 orang pekerja.
Mengikut Kementerian Sumber Manusia pada jawapan lisan sidang parlimen, jumlah tersebut meliputi penyertaan tenaga asing di seluruh sektor formal serta informal dan ini pecahan jumlah penyertaan berdasarkan sektor ekonomi negara;
- Sektor Perkilangan – 408,037 pekerja asing (36.01%)
- Sektor Pembinaan – 257,672 pekerja asing (22.74%)
- Sektor Perladangan – 131,135 pekerja asing (11.57%)
- Sektor Perkhidmatan – 160,920 pekerja asing (14.20%)
- Sektor Pertanian – 95,531 pekerja asing (8.43%)
- Sektor Perlombongan dan Pengkuarian – 92 pekerja asing (0.01%)
Melihat pada kerancakkan penyertaan tenaga asing, pentadbiran negara melihat 3 sektor utama memiliki potensi menerima kesan yang tinggi akibat isu sekatan buruh. Khususnya melibatkan segmen perkilangan, pembinaan dan perladangan.
Setakat ini pihak KSM telah menghantar kenyataan rasmi berkaitan isu pembekuan tenaga asing di Indonesia, pihak sedang berusaha membenarkan kemasukan tenaga asing pada sektor lain dilaksanakan – sementara menanti persetujuan bersama dalam kemasukan tenaga asing pembantu rumah.