Artikel

Isu Pemerdagangan Manusia – AS Kekalkan Kedudukan Malaysia Di Tahap 3, Paras Terendah

Malaysia terus kekal pada kedudukan di Tahap 3, dalam isu pemerdagangan manusia. Ini bermakna sudah 2 tahun, negara berada di kedudukan paras terendah.

Pada kedudukan tersebut, jelas menunjukkan Malaysia tergolong dalam 22 negara di Tahap 3. Meliputi penyertaan negara baharu seperti Brunei, Vietnam, Belarus dan Kemboja.

Manakala negara jiran lain seperti Singapura dan Filipina (Tahap 1), Thailand (Tahap 2), Indonesia (Tahap 2 Pemantauan). Pengelasan Malaysia di kedudukan Tahap 3 tersebut merangkumi usaha negara yang kurang efektif dalam mengatasi penindasan pemerdagangan tenaga buruh.

Kedudukan tersebut secara langsung kelak akan memberi kesan kepada perdagangan negara khususnya melibatkan pelaburan akses pada pasaran antarabangsa.

Untuk makluman penarafan dalam kelompok paras terendah itu dapat dilihat menerusi tinjaun baharu Jabatan Negara AS pada 19 Julai dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2022.