Artikel

Harga Jualan Runcit Untuk RON97 Kini Mencapai RM4.00 Seliter

Kerajaan kini telah mengemaskini harga jualan mingguan unntuk produk petroleum, dimana dengannya, nilai RON97 meningkat sebanyak 25 sen seliter.

Disebabkan peningkatan ini, kini RON97 yang dijual pada harga RM3.75 seliter, akan dijual pada harga RM4.00 seliter antara 17 Mac 2022 hingga 23 Mac 2022 kelak.

RM4 RON97

Sementara harga runcit untuk RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, dan diesel pada paras RM2.15 seliter – disebabkan oleh penetapan harga siling oleh kerajaan.

Kenaikkan harga jualan RON97 ini adalah disebabkan oleh kenaikkan harga minyak di pasaran global.