Artikel

MYAirline – Syarikat Penerbangan Tambang Murah Baharu, Bakal Bersaing Dengan AirAsia

Tidak lama lagi, kita akan melihat penawaran penerbangan tambang murah daripada sebuah syarikat baharu, dinamakan MYAirline.

Semakan TheEdge mendapati MYAirline telah menerima kebenaran untuk mengoperasikan perkhidmatan bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022 kelak.

Syarikat penerbangan ini dilihat mengumpulkan beberapa pihak berpengalaman sebagai pengarah syarikat, termasuk Datuk Abd Hamid daripada Malaysia Airport Holdings Bhd, Datuk Azharuddin dari Malaysian Civil Aviation Department, Rayner Teo dari AirAsia, selain Datuk Goh Hwan Hua dari Zillion Wealth dan Trillion Cove.

MYAirline berhasrat dalam membangunkan perniagaan penerbangan, dan memberi cabaran kepada yang lain, termasuk AirAsia.

Selain MYAirline, satu lagi penerbangan baharu yang akan beroperasi adalah SKS Airways Sdn Bhd, yang akan memulakan penerbangan antara Subang ke Pangkor bermmula 25 Januari ini.