Ternyata pentadbiran negara kekal dengan pendirian bahawa mata wang kripto tidak sesuai digunakan selaku instrumen pembayaran dalam urus-niaga.
Menjawab persoalan pada sidang Parlimen hari ini (15 Disember) Timbalan Menteri Kewangan II (MOF) Yamani Hafez Musa menjelaskan kripto seperti Bitcoin dan Ethereum berikutan sifat terpencar dan risiko alirannya yang mendorong kepada ketidaktentuan nilai kripto – sukar untuk kerajaan mengiktiraf penggunaan aset digital ini.
Bahkan mata wang kripto ini tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), selain terus terdedah kepada penipuan dan ancaman siber dalam pelaburan.
Sebelum ini, Eddin Syazlee, Timbalan Menteri Ekonomi di JPM pada sidang parlimen turut memaklumkan disebabkan sifat terpencar kripto sukar untuk membentuk satu perundangan kawalan khusus pada arena aset digital ini.
Bagaimanapun negara memiliki Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mengawal dan memantau secara khusus berhubung dagangan kripto dari semasa ke semasa.