Usaha mengukuhkan ekosistem halal pada pasaran ekonomi dilihat akan menjadi pemangkin kepada peningkatan permintaan bekalan kelak. Ia meliputi pelbagai penyertaan pasaran seperti makanan, tenaga, dan farmaseutikal.
Melihat potensi itu tindakan tersebut kini mula di atur oleh Serunai Commerce dan Universitas Brawijaya bersama sokongan Islamic Development Bank (IsDB) untuk mengintegrasikan pembangunan digital halal antara Indonesia dan Malaysia.
Ini bermakna tujuan kerjasama projek rintis adalah memperluaskan dan menyepadukan akses digital halal pada ekosistem pasaran kedua negara.
Menurut Penyelaras Asia IsDB Aminuddin Mat Ariff, langkah ini berupaya menjadi inspirasi kepada kalangan negara IOC dalam memperluaskan usaha halal negara. Untuk makluman, projek ini dijangka berlangsung selama dua tahun bermula November 2021 hingga November 2023 dengan peruntukan kira-kira AS$2.06 juta (RM8.59 juta) daripada IsDB.
Adanya sokongan ini ia dilihat selari dengan peningkatan platform e-dagang dan pemacuan transaksi nirtunai ketika ini. Di mana dapat memperkasakan penglibatan usahawan muda khususnya dalam kalangan pelajar pada ekosistem ekonomi digital halal dan melengkapkan sokongan pembiayaan kepada mereka.