Durian, bukanlah suatu pasaran asing buat perdagangan Malaysia. Ini kerana, pasaran tempatan kini diiktiraf selaku pengeksport kedua terbesar di dunia dengan pengeluaran durian sekitar 341 juta kilogram untuk keluasan 73,740 hektar.
Dan ia kini membawa kepada penilaian paras AS$1.27 Bilion.
Maka memahami keperluan pelaburan – Durian Capital Berhad iaitu syarikat pengurusan pertanian moden tempatan, kini telah mengumumkan pelancaran Skim Pelaburan Durian. Ini menjadikan ia selaku skim pelaburan durian pertama di Malaysia yang dilesenkan di bawah Akta Skim Kepentingan SSM 2016.
Buat pengetahuan pembaca, permintaan global untuk durian diunjurkan stabil, dengan anggaran saiz pasaran global sebanyak AS$18.72 bilion pada 2019 dan dijangka mencecah AS$30 bilion menjelang 2025.
Pada skim pelaburan ini, para pelabur boleh mula melabur dengan jumlah minimum RM10,000 seunit. Di mana ia meliputi 200 ekar tanah di Jempol, Negeri Sembilan dengan lebih 8000 unit berkepentingan tersedia untuk pelabur runcit dan institusi.
Berdasarkan sasaran perolehan, syarikat menjangkakan pulangan pendapatan yang dapat diraih bagi tempoh 5 tahun kehadapan, dianggarkan sekitar RM8 juta sehingga RM12 juta.
Bagaiamanapun sasaran itu akan didasari berasaskan situasi pasaran semasa.
Pada masa yang sama meskipun skim ini menyatakan tempoh pelaburan adalah 15 tahun, namun para pelabur boleh mengeluarkan dana pelaburan pada tempoh 6 tahun ke atas. Malah peralihan pelaburan ke atas ahli keluarga juga dapat dilakukan dengan pengenaan caj tertentu.
Berhubung kepakaran pula, syarikat turut memaklumkan pihaknya menerima sokongan penasihat teknikal dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mencakupi bidang sains pertanian dan perlindungan tanaman.
Lebih menarik untuk mengoptimumkan pertumbuhan dan hasil keluaran Musang King ini, syarikat memanfaatkan teknologi pertanian moden seperti sistem pengairan pintar, pengawasan dron, analisis data dan rejim pemakanan tanah proprietari. Ini selaras dengan pemerkasaan teknologi pada ekonomi negara, yang ketika ini berdepan isu kekurangan tenaga buruh.
Bagi sebarang makluman lanjut berhubung skim pelabur dan perincian pasaran, pengguna boleh layari pautan Durian Capital https://duriancapital.com.my.