Bumiputera merangkumi penglibatan bangsa Melayu, Sabah dan Sarawak serta Orang Asli – kini memonopoli penyertaan selaku rakan penghantar makanan di Malaysia.
Apabila tinjauan TERAJU memperlihatkan hampir 94% daripada 70,000 rakan penghantar adalah terdiri daripada kumpulan Bumiputera.
Berdasarkan laporan, jangkaan lebih 65,660 individu Bumiputera telah menyertai arena ekonomi gig makanan ini dan lonjakan diperlihatkan ketika pandemik COVID-19 sejak tahun 2020.
Berdasarkan pengamatan TERAJU bersama 503 responden, hanya 23% responden mengakui menjadikan tugasan ini sebagai sumber utama pendapatan. Sementara 77% lagi memaklumkan penyertaan mereka sekadar sumber pendapatan tambahan sahaja.
Selain itu, tinjauan pada bahagian pendidikan pula menunjukkan 72% responden memiliki pendidikan di peringkat sekolah menengah ke bawah sahaja. Manakala 27% pula memiliiki tahap pendidikan ijazah dan 1% memiliki pascasiswazah.
Dapatan juga dapati rata-rata rakan penghantar pernah mengalami kecederaan serta kemalangan. Lebih 70% mengakui terlibat dengan situasi tersebut dan tidak menerima sebarang faedah daripada pengendali.
Memahami keperluan kebajikan rakan penghantar, TERAJU telah mengadakan perbincangan bersama 43 pihak autoriti merangkumi KWSP, PERKESO, PDRM, MIROS dan Kementerian Pengangkutan serta mengusulkan beberapa kaedah seperti;
- Mewujudkan sistem penilaian kepada pengendali
- Mewujudkan akta keselamatan jalan raya
- Menyediakan paparan yang telus pada aplikasi kepada para pengguna untuk pesanan mereka
- Menambahbaik pengiraan jarak serta peruntukan masa
- Sediakan latihan keselamatan kepada rakan penghantar