Artikel

Indonesia Rancang Pindah Ibu Kota Negaranya Ke Borneo – Mulai Suku Pertama 2024

Sejak akhir Ogos 2019 lagi – Indonesia telah menyatakan hasrat mereka untuk memindahkan ibu kota negara ke kawasan seluas 56,180 hektar iaitu wilayah Kalimantan Timur, kepulauan Borneo.

Kini ternyata impian bernilai AS$34 bilion (489 trilion rupiah) tersebut dapat direalisasikan pada suku pertama tahun 2024 kelak. Berdasarkan laporan Bloomberg – tindakan sedemikian akan menjadikan negara ekonomi terbesar Asia Tenggara ini sebagai negara Asia Tenggara ketiga yang memindahkan ibu kota mereka.

Sebelum ini – Malaysia sendiri telah mengalihkan ibu kota pentadbiran kerajaan ke Putrajaya pada 2003, sementara Myanmar pula membuat perubahan pada ibu negaranya kepada Naypyidaw pada 2006.

Berdasarkan perancangan, peralihan ibu kota pentadbiran ini akan dilakukan secara berperingkat mengambil masa 2 tahun sehingga 4 tahun.

Namun tidak bagi penetapan Bank Pusat Indonesia, ia masih kekal bertapak di Jakarta – dan akan menampilkan Jakarta sebagai hab kewangan serta komersial.

Presiden Jokowi memaklumkan sasaran peralihan ini akan membantu mengembangkan aktiviti ekonomi Indonesia di luar kepulauan Java – di mana ia memiliki kumpulan penduduk yang tinggi dan memiliki jurang pendapatan.

Untuk makluman, Java adalah kawasan kepada hampir 60% penduduk Indonesia dan menyumbang lebih 50% kepada KDNK negara. Manakala Kalimantan pula adalah Indonesia sebahagian daripada Borneo yang memiliki 5.8% populasi dan sumbangan 8.2% pada ekonomi.

Keperluan peralihan ini wajar untuk membantu Jakarta, Indonesia yang kini memiliki 10 juta penduduk – di mana isu  sepertkesesakan lalu lintas, banjir, dan pencemaran bandar.

Meskipun tindakan Indonesia memilih Borneo sebagai peralihan ibu kota baharu – kumpulan aktivis alam sekitar jelas menyelar tindakan tersebut. Mereka berpendapat usaha itu sekadar meningkatkan risiko kerosakan pada Hutan Hujan Kalimantan.

Ini merangkumi status hidupan terancam di kawasan hutan hujan tersebut.