Kemahiran teknologi sememangnya wajar diutamakan ketika era serba norma-baharu ini, khususnya di kala semua negara melangkah ke aturan pasca-pandemik COVID-19. Bagaimanapun ternyata ekosistem pekerjaan di Malaysia memiliki tumpuan tersendiri selain mekanisma tersebut.
Dan, ianya adalah kemahiran berkaitan displin.
Pada tinjauan World Economic Forum; Laporan Generasi Digital ASEAN, menggariskan beberapa kategori kemahiran yang wajar dimiliki pekerja untuk depani era pemulihan, pasca-pandemik COVID-19. Berdasarkan dapatan tersebut antara 5 kemahiran penting yang diperlukan pekerja negara adalah;
- Teknologi (43%)
- Displin-kendiri (40%)
- Kawalan Emosi dan Komunikasi (30%)
- Kreatif, Inovasi dan kemahiran Bahasa (28%)
- Pemikiran Kritis dan Kritikal (24%)
Keperluan kemahiran sedemikian dilihat berpotensi membantu para pekerja untuk meningkatkan kembali aliran pertumbuhan negara. Berdasarkan pemantauan menyeluruh mengikut responden ASEAN. Hampir keseluruhan responden menyatakan aspek kemahiran Displin adalah tinggi (50%). Ini kerana pengalaman yang didepani mereka ketika pandemik COVID-19 sejak awal 2020 lalu.
Selain Malaysia, Filipina (50%) dan Vietnam (41%) turut melihat kepentingan kemahiran displin pada sektor pekerjaan negara mereka. Sementara Singapura pula mengutamakan kemahiran Daya Tahan dan Kebolehsuaian (44%) dan Indonesia pula mengutamakan kemahiran Kreativiti dan Inovasi (47%).
Secara menyeluruh kemahiran teknologi masih menjadi keutamaan untuk ekonomi ASEAN memulihkan kembali pertumbuhan mereka bagi pasaca-pandemik. Ia memperlihatkan 50% golongan muda ASEAN (berumur 16 tahun-35 tahun) menyatakan keyakinan mereka terhadap tahap kemahiran yang dimiliki. Peratusan ini secara langsung, memberi gambaran ketersediaan ASEAN untuk tempuhi pasca pandemik kelak.