Artikel

KKM Kini Hentikan Keperluan Ujian Pengesanan COVID-19 – Terhadap Individu Yang Melancong Ke Langkawi

Bermula hari ini (12 Oktober), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini menghentikan keperluan ujian pengesanan COVID-19 – ke atas individu yang ingin melancong ke Pulau Langkawi.

Menurut Khairy Jamaluddin, tindakan itu diambil susulan pengesanan kes positif semasa yang sangat rendah, serta tiada pengesanan kluster membabitkan gelumbung pelancongan dicatatkan, setakat ini.

Syarat wajib yang wajar dipatuhi adalah setiap orang awam perlu melengkapkan vaksinasi sebelum memulakan perjalanan pelancongan mereka.

Untuk makluman, buat masa ini hanya 216 kes (0.4%) pelancong di Langkawi yang dikesan positif COVID-19 – sementara hanya 1 pelancong pula dikesan positif dan memiliki gejala ketika di pusat peranginan tersebut.

Melalui kelonggaran ini – diharap semua orang awam menikmati faedah yang diberi mengikut SOP yang ditetapkan. Malah, amalan SOP harus sentiasa dipenuhi iaitu mengamalkan pemakaian pelitup muka, jarak fizikal dan sentiasa membersihkan tangan.

Peringatan untuk orang awam – meskipun anda telah menerima suntikan vaksin, namun bagi penerima vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac hanya boleh hadir ke premis atau rentas daerah, negeri adalah selepas 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua, manakala penerima vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino pula adalah selepas hari ke-28. Setelah melepasi syarat ini, orang awam yang layak dibenarkan untuk melakukan pergerakan ke mana-mana premis perniagaan berkaitan.