Artikel

Nilai Pembayaran Kad Di Malaysia Dijangka Kembali Pulih – Pada 8.5% Pertumbuhan

Pasaran pembayaran kad di Malaysia merangkumi penggunaan kad debit atau kad kredit dijangka kembali pulih, apabila kitaran pertumbuhan 8.5% tahun ini.

Semua pihak ketahui, penutupan premis fizikal telah menurunkan nilai pembayaran melalui kad di Malaysia, ia jatuh sehingga 4.9% bagi tahun 2020.

Menurut tinjauan Analisis Pembayaran Kad GlobalData menunjukkan, kehadiran COVID-19 telah mengubah tingkahlaku pengguna untuk kerap melakukan pembayaran secara digital. Ia dilihat lebih selamat, dan terhindar daripada sentuhan fizikal. Ini telah mendorong kepada pengurangan kaedah pembayaran kad.

Bagaimanapun peningkatkan pertumbuhan ini mula kelihatan dan akan terus melonjak dengan sasaran GlobalData – nilai pembayaran kad dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun 11.1% hingga 2025.

Menjelang 2025, syarikat data turut meramalkan aliran pembayaran kad di Malaysia akan mencapai RM322.7 bilion dengan kenaikan perbelanjaan pengguna secara beransur-ansur.

Peningkatan ini disusuli ganjaran dan pulangan yang akan diterima pengguna, bagi setiap perbelanjaan yang dilakukan. Untuk makluman, kad kredit menyumbang 66.5% dari semua pembayaran kad mengikut nilai pada tahun 2021, sementara kad debit pula menyumbang bagi baki pembayaran sekitar 33.5%.