Artikel

Malaysia Peruntuk RM400 Bilion Pada Kelangsungan RMKe-12 – Lebih Tinggi Berbanding RMKe-11

Pandemik COVID-19 telah mewujudkan kesan ketara kepada prestasi ekonomi Malaysia – sejak tahun lalu. Keadaan ini menjadikan defisit melebar kepada 6.2% daripada KDNK Malaysia. Maka untuk mendepani situasi tersebut, terdapat 9 aturan petunjuk telah diperkemaskan negara.

Ini merangkumi jumlah peruntukan sekitar RM400 bilion pada pelaksanaan tersebut. Menurut kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri, jumlah tersebut merangkumi kesinambungan projek serta pelaksaan pelan baharu pada tahun ini sehingga 2025 kelak.

Untuk makluman, angka peruntukan ini lebih tinggi berbanding RMKe-11, di mana kerajaan membelanjakan sekitar RM248.5 bilion bagi tujuan pembangunan. Sementara dana ekonomi diberi tumpuan kepada 6 negeri iaitu Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Maka bagi pelaksanaan kali ini, Malaysia menjangkakan kedudukan kewangan akan bertambah baik dan semakin kukuh pada 2023 kelak.

Kerjasama semua pihak dalam merealisasikan 9 fokus utama RMKe-12 ini penting buat negara, untuk meningkatkan aras ekonomi negara.

Di dalam penjelasan pembentangan ini, terdapat 9 fokus utama digariskan oleh kerajaan untuk membantu pertumbuhan;

  • Merancakkan pertumbuhan ekonomi
  • Memperkukuh pemangkin pertumbuhan
  • Meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia
  • Memantapkan keselamatan dan ketenteraman Awam
  • Membasmi kemiskinan tegar
  • Merapatkan jurang pendapatan
  • Memperkasakan agenda Bumiputera
  • Melonjakkan pembangunan Sabah, Sarawak dan Negeri kurang membangun
  • Mempercepatkan pertumbuhan hijau
  • Meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan pelaksanaan dasar berkesan