Artikel

Aliran Eksport Sawit Malaysia Dijangka Meningkat Cecah 75% – Pada Pasaran Asia Barat, Afrika Utara

Dalam tempoh 5 tahun mendatang, segmen eksport minyak dan lemak berasaskan minyak sawit Malaysia dijangka akan melonjak sehingga 75%, pada rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA).

Kenaikan daripada paras pertumbuhan terkini sekitar 64%, adalah berikutan pasaran MENA tidak menghasilkan biji minyak yang memadai. Ini didorong atas faktor georgrafi serta keupayaan rantau tersebut menampung permintaan penduduk.

Setakat ini, rantau MENA melalui biji minyak domestik dan import hanya mampu menampung 36% keperluan rantau, selebihnya harus diimbangi dengan import minyak sayuran.

Menurut Pengarah Urusan Alami Commodities, Ahmed Alami – pada sidang Minyak Sawit Malaysia di Pasaran Asia Barat, Trend dan Potensi memaparkan kedudukan Arab Saudi ditengah rantau berpotensi tampil selaku hab pusat bekalan bagi minyak sawit Malaysia.

Selain itu, pembukaan sempadan seperti kemasukan haji dan umrah kelak, dilihat akan merangsangkan lagi pertumbuhan eksport sawit negara – di mana pembukaan cawangan telah dibuka di Jeddah untuk tujuan promosi komoditi Malaysia seperti minyak sawit, getah dan kayu.

Meskipun, menyedari aliran import minyak sawit negara oleh Arab Saudi tidak konsisten, susulan kekerapan perubahan dasar pada eksport Indonesia seperti kenaikkan cukainya – akan memberi persaingan kepada Malaysia.

Namun minyak sawit negara sentiasa menjadi pilihan rentetan kualiti dan daya kelestariannya. Maka pendekatan R&D negara dalam memperkasakan kelestarian wajar diutamakan, ini membezakan kualiti produk tempatan bersama negara luar.

Untuk makluman, Malaysia dan Indonesia kini menyumbang 90% daripada eksport minyak sawit ke Arab Saudi, sementara 10% pula merangkumi dari Mesir, Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE).