Artikel

Kesan COVID-19 – Sekitar 14.2% Petugas Kesihatan Kini Alami Gangguan Kesihatan Mental Tinggi

Peranan yang dilaksanakan petugas barisan hadapan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini, bukanlah suatu perkara yang mudah. Terdapat pelbagai faktor mampu mengugat kestabilan mentaliti mereka untuk memenuhi tuntutan tugasan.

Melalui dapatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Institut Perubahan Tingkah Laku, terdapat 14.2% petugas kesihatan kini berdepan kesukaran, mengalami gangguan kesihatan mental yang tinggi disebabkan pandemik COVID-19.

Beberapa aspek dilihat – telah mendorong kepada situasi gangguan, antaranya;

  • Kekurangan sokongan isu penjagaan anak, ketika perlu bertugas
  • Kesan rasa bersalah susulan tidak dapat menyelamatkan pesakit
  • Cabaran nilai kemanusiaan, apabila perlu mengutamakan kedudukan antara pesakit
  • Trauma akan peningkatan kes

Pada faktor sedemikian, ada diantara petugas kesihatan mula mengamalkan pengambilan pil tidur untuk tujuan mengurangkan tekanan dan gangguan emosi mereka. Isu ini amat berat dan KKM mengambil serius untuk menanganinya.

Selain itu Malaysia juga memperlihatkan 82.1% rakyat negara memerlukan sokongan emosi melalui jumlah panggilan Talian Bantuan dan Sokongan Psikososial.

Antara isu yang terlibat adalah tiada sumber pendapatan, kehilangan pekerjaan, konflik keluarga, isu interpersonal, trauma akan jangkitan dan kekurangan khidmat bantuan.

Maka, kajian menyeluruh terhadap kesan psikososial ini akan dilaksanakan oleh KKM terhadap semua pihak – tidak hanya membabitkan petugas kesihatan. Usaha tersebut dijangka akan dimulakan pada akhir September kelak dan dilakukan secara atas talian.