Artikel

Korea Selatan Perlu Akui, Penyertaan Google Pada Ekonomi Negaranya Sumbang – Lebih AS$10.16 Bilion

Walaupun syarikat gergasi teknologi Google telah berdepan penalti hampir AS$180 juta (RM747 juta) dari pihak berkuasa Korea Selatan, susulan isu menyalahguna kuasa dalam sistem operasi mudah alih dan penggunaan aplikasi.

Namun, Korea Selatan perlu akui akan sumbangan Google terhadap ekonomi digital negaranya – yang bernilai sekitar AS$10.16 bilion (hampir 12 trilion won).

Menurut syarikat induk Google, Alphabet Inc menyatakan penyertaan mereka pada ekonomi di Korea Selatan telah mewujudkan manfaat ekonomi kepada pemain industri negara tersebut.

Berdasarkan data tahunan AlphaBeta, sekitar AS$4.3 bilion (5.1 trilion won) faedah direkodkan bagi segmen Play Store. Sementara AS$3.59 bilion (4.2 trilion won) pula disumbangkan melalui pautan enjin pencarian dan sumbangan AS$2.14 bilion (2.5 trilion won) pada segmen melibatkan aplikasi produktiviti seperti Google Docs.

Malah Google turut memaklumkan, pihaknya juga menyumbang faedah ekonomi tahunan kepada syarikat di Korea Selatan, sekitar AS$8.9 bilion (10.5 trilion won). Meskipun tidak dinyatakan kaedah sumbangan, namun nilai itu jelas tinggi pada penyertaan ekonomi.

Untuk makluman umum, pengenaan denda ke atas Google ini dilakukan setelah pentadbiran Korea Selatan mula meluluskan perundangan menyekat pengendali utama teknologi seperti Google, Apple – untuk memaksa pembangun perisian menggunakan sistem pembayaran mereka.

Amalan perundangan baharu ini, dilihat berupaya menyekat kuasa monopoli yang dimainkan oleh Play Store dan App Store. Secar alangsung menafikan perolehan keuntungan mereka yang diklasifikasikan tidak sah.